Berita Destinasi

Krisis global: Perak sedia jajar semula belanjawan

Apr 15, 2026 IDOPRESS
IPOH, 15 April – Kerajaan Negeri Perak sedang meneliti langkah penjajaran semula belanjawan negeri bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global tanpa…

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad/RTM

IPOH,15 April – Kerajaan Negeri Perak sedang meneliti langkah penjajaran semula belanjawan negeri bagi menangani impak ketidaktentuan ekonomi global tanpa melibatkan sebarang perbelanjaan baharu buat masa ini.

RINGKASAN BERITA AI

Tambahnya,meskipun berdepan kenaikan harga minyak dunia,aktiviti ekonomi di negeri itu masih lancar dan tidak terjejas sepenuhnya.

Malah,pelaburan asing di negeri itu kekal stabil tanpa sebarang pembatalan projek utama,selain berpotensi meraih manfaat daripada peralihan rantaian bekalan global.

Sebagai langkah intervensi tambahan,kerajaan negeri kini memperkukuh agenda keterjaminan makanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber import yang semakin mahal,termasuk menggalakkan rakyat menghasilkan makanan sendiri.

Selain itu,bagi menangani kos sara hidup,kerajaan negeri turut mempertimbang peluasan program jualan barangan keperluan pada harga murah serta menyalurkan sokongan kepada sektor logistik yang terkesan.