
Panglima Tentera Laut,Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain
KUALA LUMPUR,17 April – Sambutan ulang tahun ke-92 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi simbol penting kepada usaha berterusan angkatan itu dalam memperkasa transformasi serta kedaulatan maritim negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Perolehan aset ini tidak boleh berlaku secara serta-merta,sebaliknya memerlukan perancangan supaya kemasukan aset ke dalam TLDM dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
“Fokus ulang tahun kali ini juga menjurus kepada pelaksanaan pelan transformasi TLDM yang telah dirangka sejak beberapa tahun lalu dan kini sedang direalisasikan,” katanya ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia.
Dalam pada itu,TLDM turut berdepan cabaran dari segi sumber manusia,khususnya dalam memastikan anggota baharu mampu menguasai sistem lama dan moden secara seimbang.
“Walau secanggih mana sistem,ia tetap memerlukan manusia untuk menganalisis. Jika terlalu bergantung kepada teknologi,keupayaan berfikir secara kritikal boleh terjejas,” katanya.
Selain itu,sebahagian besar aset TLDM ketika ini telah berusia lebih 40 tahun,sekali gus meningkatkan keperluan penyelenggaraan berbanding penggunaan operasi.
Menurut beliau,keadaan itu memberi tekanan kepada kos serta kecekapan operasi dalam jangka panjang.
Sehubungan itu,TLDM komited untuk terus memperkukuh keupayaan pertahanan maritim negara melalui pemodenan aset serta pelaksanaan pelan transformasi secara berfasa.