
Pengerusi parti pembangkang utama Taiwan,Kuomintang (KMT),Cheng Li-wun/AFP
SHANGHAI,10 April – Presiden China,Xi Jinping,mengadakan pertemuan bersejarah dengan Pengerusi parti pembangkang utama Taiwan,Cheng Li-wun hari ini (Jumaat)
RINGKASAN BERITA AI
−
“Ini adalah sebahagian daripada sejarah yang tidak dapat dielakkan. Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap perkara ini,” kata Xi semasa sesi rundingan tersebut.
Sementara itu,Cheng pula menyatakan harapan agar Selat Taiwan tidak lagi menjadi titik tumpuan potensi konflik yang membimbangkan masyarakat antarabangsa.
Beliau menyeru kedua-dua pihak untuk melangkaui konfrontasi politik dan mencari penyelesaian yang sistematik bagi mengelakkan peperangan,seterusnya menjadikan Selat Taiwan sebagai model penyelesaian konflik secara aman di peringkat global.
Lawatan Cheng,yang bermula di Shanghai pada Selasa bagaimanapun mencetuskan perdebatan hangat di Taiwan.
Pengkritik menuduh beliau bersikap terlalu cenderung kepada Beijing,terutama ketika China meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap pulau itu.
Hubungan rentas selat dilaporkan semakin meruncing sejak pemilihan pengganti Tsai Ing-wen,iaitu Lai Ching-te,yang dianggap oleh Beijing sebagai individu yang memperjuangkan kemerdekaan Taiwan.
Ching- te dalam hantaran di laman Facebooknya menegaskan bahawa ancaman ketenteraan China di sekitar Selat Taiwan dan rantaian pulau telah menjejaskan keamanan serta kestabilan serantau secara serius.
Terdahulu,semasa di Nanjing,Cheng melawat makam pengasas revolusi,Sun Yat-sen iaitu antara tokoh sejarah yang masih dihormati oleh kedua-dua pihak di Beijing dan Taipei. – AFP