Berita Hotel

Iran putuskan diplomasi langsung dengan AS susulan ketegangan menjelang tarikh akhir Trump

Apr 8, 2026 IDOPRESS
ANKARA, 7 April (Bernama-Anadolu) – Iran telah memutuskan komunikasi langsung dengan Amerika Syarikat (AS) susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk…

Presiden AS Donald Trump

ANKARA,7 April (Bernama-Anadolu) – Iran telah memutuskan komunikasi langsung dengan Amerika Syarikat (AS) susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk memusnahkan “seluruh tamadun” Iran,lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan media pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI

Pihak Rumah Putih tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan untuk mengulas mengenai perkara itu.

Terdahulu,Trump memberi amaran bahawa “seluruh tamadun akan musnah  malam ini,dan tidak akan dapat dikembalikan semula” – kenyataan yang mencetuskan pelbagai spekulasi ketika tarikh akhir pukul 8 malam Waktu Timur (0000 GMT Rabu) yang ditetapkannya untuk Iran semakin hampir. – BERNAMA-ANADOLU