Berita Hotel

Dua lagi kapal LPG India lepasi Selat Hormuz

Mar 24, 2026 IDOPRESS
NEW DELHI, 24 Mac – Dua lagi kapal tangki gas petroleum cecair milik India berjaya melalui Selat Hormuz pada Isnin. Kementerian Perkapalan negara itu…

Foto AFP

NEW DELHI,24 Mac – Dua lagi kapal tangki gas petroleum cecair milik India berjaya melalui Selat Hormuz pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI

Sebelum ini,dua kapal LPG India turut berjaya melalui laluan berkenaan.

India merupakan pembeli LNG keempat terbesar dunia dan pembeli LPG kedua terbesar,yang kebanyakannya diimport dari Asia Barat untuk kegunaan domestik seperti memasak.

Kerajaan India telah mengarahkan kawalan lebih ketat terhadap bekalan gas susulan gangguan import akibat konflik itu.

Perdana Menteri India,Narendra Modi berkata kerajaan sedang berhubung rapat dengan negara rakan bagi memastikan rantaian bekalan kekal terjamin.

Beliau turut menegaskan usaha dilakukan bagi memastikan kapal yang membawa minyak,gas,baja dan bekalan penting dapat tiba di India dengan selamat.-AFP